# PERLU KETAHUI SUPLEMENT MAKANAN KIBBLES."KATAKAN TIDAKK.... PADA PEWARNA MAKANAN KUCING"
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua catlovers group meow sayang ku Kd Pg.Apa yang kita ketahui terdapat pelbagai makanan kering (kibble) kucing terjual di pasaran. Ianya mempunyai beberapa kelas dari tidak berkualiti hinggalah kepada premium dan holistik.Makanan kucing yang berada di kelas bawah. Sedia maklum, memang tidak digalakan pemilik Kucing menggunakan makanan kelas bawahan tetapi bukan bermaksud nak 'condemn' naa. Sebenarnya apa keburukan makanan kelas bawahan? ..diantaranya..
- Mempunyai kandungan garam/sodium yang tinggi.
- Menggunakan protein daging dengan kuantiti yang sedikit.
- Menggunakan bahan tumbuh-tumbuhan dengan kuantiti yang banyak.
- Menggunakan bahan buangan dari haiwan seperti hati, usus, tulang dan sebagainya.
- Mempunyai pewarna dan bahan pengawet.
- Menggunakan bahan seperti Jagung, Gandum dan Soya
Protein Dari Sumber Daging dan Tumbuhan
Kucing adalah haiwan karnivor. Tetapi selepas evolusi domestik, Kucing menjadi 'sedikit' omnivor. Kita sebagai pemilik kena ingat bahawa walaupun Kucing seekor haiwan Omnivor, bukan bermakna kita boleh beri lebih 50% dalam diet dia dari sumber tumbuh-tumbuhan. Sumber tumbuh-tumbuhan dalam diet kucing hanyalah penyeri, tetapi bukan yang utama. Pengeluar makanan kucing menggunakan sumber protein dari tumbuhan kerana kosnya yang murah berbanding protein dari sumber daging.
Tinggi Garam/Sodium
Sedangkan manusia yang mengamalkan diet tinggi garam pun ditegah demi menjaga kesihatan, apatah lagi seekor haiwan. Kita pun tahu efek makanan yang tinggi garam memberi kesan buruk kepada kesihatan makhluk. Majlis Penyelidikan Antarabangsa (The National Research Council) menyatakan kandungan garam yang berlebihan boleh menyebabkan kegelisahan, peningkatan kadar degupan jantung, peningkatan pengambilan air dan kepekatan hemoglobin pada anjing. Manakala Anorexia (penumbesaran terjejas, dahaga yang berlebihan serta kencing berlebihan) pada kucing. Kebanyakkan kes yang aku dengar adalah kucing / anjing mati akibat batu karang. Bila partikel garam tu berkumpul di pundi kencing (akibat terlalu banyak), sampai suatu masa dia akan membentuk batu karang. Itulah cara korang membunuh haiwan kesayangan anda perlahan-lahan.
Walaubagaimanapun, kandungan garam itu tetap diperlukan kerana untuk melengkapkan lagi fungsi badan. Yang perlu dikawal adalah kuantitinya. Garam juga berfungsi untuk mengekalkan kandungan vitamin dalam makan supaya ianya tidak cepat teroksida.
Makanan kucing jenis kibbles terdiri daripada 3 kategori / kelas :
KOMERSIL
PREMIUM
SUPER PREMIUM
Makanan kucing jenis KOMERSIAL adalah terdiri daripada makanan kucing yang kerap dikomersialkan di media seperti tv, suratkhabar dan sebagainya. Jenama jenis ini sangat popular kerana mudah di dapati di mana-mana kedai runcit dan supermarket berdekatan anda.
Makanan jenis PREMIUM dan SUPER PREMIUM jarang dikenali. Jenama-jenama ini biasanya terdapat di kedai-kedai haiwan, dan klinik-klinik haiwan sahaja.
APA YANG MENENTUKAN KELAS MAKANAN.
Perbezaan di antara ketiga-tiga kelas makanan kucing di atas ialah isi kandungan dan bahan-bahan pembuatan makanan tersebut. Cuba lihat bungkusan makanan si comel yang anda beli.
Kualiti jenama makanan kucing ditentukan oleh 5 ramuan / ingredient pertama yang tersenarai dalam kandungannya.
Makanan yang berkualiti akan menyenaraikan ramuan-ramuan berkhasiat sebagai 5 atau sebahagian daripada 5 ramuan pertama. Contohnya ialah Turkey, Deboned Chicken, Chicken, Chicken Meal, Salmon, Fish Meal dan sebagainya.
Ramuan-ramuan berkhasiat lain seperti yang tersenarai di bawah :
Poultry, beef, lamb or fish
Poultry meal
Fish meal
Chicken fat
Potato, sweet potato or brown rice
Eggs
Fruit and vegetables
Selain ramuan-ramuan di atas, makanan yang berkhasiat dilengkapi dengan zat tambahan dan khasiat sampingan seperti :
- Probiotics : Lactobacillus acidophilus, Bacillus subtillis, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium longum, Streptococcus thermophilus.
- Fish oil/ salmon oil- penyumbang Omega 3 & 6 yang bagus untuk hati dan jantung.
- DL-Methionine - asid amino yang menyebabkan urine lebih berasid dan menghalang pembentukan batu karang dan jangkitan salur kencing.
- L-lysine - asid amino yang membantu menghalang herpes, jangkitan mata dan sistem respiratori/selsema pada kucing.
- Taurine & Vitamin A - asid amino untuk jantung dan membantu ketajaman mata kucing.
- Vitamins and minerals
INI ANDA PERLU KETAHUI...!!!
Jenama Komersial tidak mempunyai ramuan berkhasiat atau salah satu daripada 5-ramuan-pertama (first-5-ingredients) dalam pembuatannya. Sebaliknya, jenama-jenama ini menggunakan 'BY PRODUCT' di dalam ramuannya.
Apa itu 'by product'?
'By product' ialah bahagian haiwan yang tak sesuai dijadikan sebagai makanan manusia. Dalam penyediaan makanan manusia, bahagian-bahagian ini biasanya dibuang.
'Chicken-by-product/poultry-by-product'
Ia terdapat di dalam makanan jenama Komersial bermakna makanan tersebut dihasilkan menggunakan ramuan seperti paruh, kepala, kepak, tulang, cengkerang telur, isi perut ayam daripada haiwan ternakan seperti ayam, itik atau/dan burung.
Beef/lamb-by-product
Ia menggunakan ekor, kaki, tulang, isi perut dan kulit haiwan daging/tenusu daripada lembu dan kambing.
By product terdiri daripada protein berkualiti rendah dan tidak mengandungi asid amino secukupnya untuk keperluan dan kesihatan si comel anda.
" BACA LABEL PADA BUNGKUSAN MAKANAN SI COMEL ANDA "
Namun demikian, anda juga perlu berhati-hati memilih peratusan protein untuk kucing anda. Sekiranya protein terlalu tinggi dan melebihi keperluan kucing anda, ia boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang.
Meskipun kibbles yang bagus memberikan zat secukupnya untuk kucing anda, pemberian makanan basah dalam tin, foiled pack atau yang dimasak sendiri juga penting sebagai sebahagian diet penting kucing anda. Pengambilan air secukupnya juga perlu diberi perhatian.Jadi disitulah apa yang dapat disampaikan demi kebaikan untuk kucing kesayangan anda.Keputusan ditangan anda untuk tentukan baik buruknya..so jangan marah naaa kepada anda yang mengunakan makanan yang murah mempunyai pewarna...habisss dahhhh apa lg..ubi kayu sebungkus ikat tepi.....say cheesee babey...peace yooo
..