Tuesday, May 9, 2017

KATAKAN TIDAKK.... PADA PEWARNA MAKANAN KUCING"

#  PERLU KETAHUI SUPLEMENT  MAKANAN KIBBLES."KATAKAN TIDAKK.... PADA PEWARNA MAKANAN KUCING"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua catlovers group meow sayang ku Kd Pg.Apa yang kita ketahui terdapat pelbagai makanan kering (kibble) kucing terjual di pasaran. Ianya mempunyai beberapa kelas dari tidak berkualiti hinggalah kepada premium dan holistik.Makanan kucing yang berada di kelas bawah. Sedia maklum, memang tidak digalakan pemilik Kucing menggunakan makanan kelas bawahan tetapi bukan bermaksud nak 'condemn' naa. Sebenarnya apa keburukan makanan kelas bawahan? ..diantaranya..

- Mempunyai kandungan garam/sodium yang tinggi.
- Menggunakan protein daging dengan kuantiti  yang sedikit.
- Menggunakan bahan tumbuh-tumbuhan dengan kuantiti yang banyak.
- Menggunakan bahan buangan dari haiwan seperti hati, usus, tulang dan sebagainya.
- Mempunyai pewarna dan bahan pengawet.
- Menggunakan bahan seperti Jagung, Gandum dan Soya

Protein Dari Sumber Daging dan Tumbuhan
Kucing adalah haiwan karnivor. Tetapi selepas evolusi domestik, Kucing menjadi 'sedikit' omnivor. Kita sebagai pemilik kena ingat bahawa walaupun Kucing seekor haiwan Omnivor, bukan bermakna kita boleh beri lebih 50% dalam diet dia dari sumber tumbuh-tumbuhan. Sumber tumbuh-tumbuhan dalam diet kucing hanyalah penyeri, tetapi bukan yang utama. Pengeluar makanan kucing menggunakan sumber protein dari tumbuhan kerana kosnya yang murah berbanding protein dari sumber daging.

Tinggi Garam/Sodium
Sedangkan manusia yang mengamalkan diet tinggi garam pun ditegah demi menjaga kesihatan, apatah lagi seekor haiwan. Kita pun tahu efek makanan yang tinggi garam memberi kesan buruk kepada kesihatan makhluk. Majlis Penyelidikan Antarabangsa (The National Research Council) menyatakan kandungan garam yang berlebihan boleh menyebabkan kegelisahan, peningkatan kadar degupan jantung, peningkatan pengambilan air dan kepekatan hemoglobin pada anjing. Manakala Anorexia (penumbesaran terjejas, dahaga yang berlebihan serta kencing berlebihan) pada kucing. Kebanyakkan kes yang aku dengar adalah kucing / anjing mati akibat batu karang. Bila partikel garam tu berkumpul di pundi kencing (akibat terlalu banyak), sampai suatu masa dia akan membentuk batu karang. Itulah cara korang membunuh haiwan kesayangan anda perlahan-lahan.
Walaubagaimanapun, kandungan garam itu tetap diperlukan kerana untuk melengkapkan lagi fungsi badan. Yang perlu dikawal adalah kuantitinya. Garam juga berfungsi untuk mengekalkan kandungan vitamin dalam makan supaya ianya tidak cepat teroksida.

Makanan kucing jenis kibbles terdiri daripada 3 kategori / kelas :

    KOMERSIL
    PREMIUM
    SUPER PREMIUM

Makanan kucing jenis KOMERSIAL adalah terdiri daripada makanan kucing yang kerap dikomersialkan di media seperti tv, suratkhabar dan sebagainya. Jenama jenis ini sangat popular kerana mudah di dapati di mana-mana kedai runcit dan supermarket berdekatan anda.

Makanan jenis PREMIUM dan SUPER PREMIUM jarang dikenali. Jenama-jenama ini biasanya terdapat di kedai-kedai haiwan, dan klinik-klinik haiwan sahaja.

APA YANG MENENTUKAN KELAS MAKANAN.

Perbezaan di antara ketiga-tiga kelas makanan kucing di atas ialah isi kandungan dan bahan-bahan pembuatan makanan tersebut. Cuba lihat bungkusan makanan si comel yang anda beli.

Kualiti jenama makanan kucing ditentukan oleh 5 ramuan / ingredient pertama yang tersenarai dalam kandungannya.

Makanan yang berkualiti akan menyenaraikan ramuan-ramuan berkhasiat sebagai 5 atau sebahagian daripada 5 ramuan pertama. Contohnya ialah Turkey, Deboned Chicken, Chicken, Chicken Meal, Salmon, Fish Meal dan sebagainya.

Ramuan-ramuan berkhasiat lain seperti yang tersenarai di bawah :

    Poultry, beef, lamb or fish
    Poultry meal
    Fish meal
    Chicken fat
    Potato, sweet potato or brown rice
    Eggs
    Fruit and vegetables

Selain ramuan-ramuan di atas, makanan yang berkhasiat dilengkapi dengan zat tambahan dan khasiat sampingan seperti :

- Probiotics : Lactobacillus acidophilus, Bacillus subtillis, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium longum, Streptococcus thermophilus.

- Fish oil/ salmon oil- penyumbang Omega 3 & 6 yang bagus untuk hati dan jantung.

- DL-Methionine - asid amino yang menyebabkan urine lebih berasid dan menghalang pembentukan batu karang dan jangkitan salur kencing.

- L-lysine - asid amino yang membantu menghalang herpes, jangkitan mata dan sistem respiratori/selsema pada kucing.

- Taurine & Vitamin A - asid amino untuk jantung dan membantu ketajaman mata kucing.

- Vitamins and minerals

INI ANDA PERLU KETAHUI...!!!

Jenama Komersial tidak mempunyai ramuan berkhasiat atau salah satu daripada 5-ramuan-pertama (first-5-ingredients) dalam pembuatannya. Sebaliknya, jenama-jenama ini menggunakan 'BY PRODUCT' di dalam ramuannya.

Apa itu 'by product'?

'By product' ialah bahagian haiwan yang tak sesuai dijadikan sebagai makanan manusia. Dalam penyediaan makanan manusia, bahagian-bahagian ini biasanya dibuang.

'Chicken-by-product/poultry-by-product'
Ia terdapat di dalam makanan jenama Komersial bermakna makanan tersebut dihasilkan menggunakan ramuan seperti paruh, kepala, kepak, tulang, cengkerang telur, isi perut ayam daripada haiwan ternakan seperti ayam, itik atau/dan burung.

Beef/lamb-by-product
Ia menggunakan ekor, kaki, tulang, isi perut dan kulit haiwan daging/tenusu daripada lembu dan kambing.

By product terdiri daripada protein berkualiti rendah dan tidak mengandungi asid amino secukupnya untuk keperluan dan kesihatan si comel anda.

" BACA LABEL PADA BUNGKUSAN MAKANAN SI COMEL ANDA "

Namun demikian, anda juga perlu berhati-hati memilih peratusan protein untuk kucing anda. Sekiranya protein terlalu tinggi dan melebihi keperluan kucing anda, ia boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang.

Meskipun kibbles yang bagus memberikan zat secukupnya untuk kucing anda, pemberian makanan basah dalam tin, foiled pack atau yang dimasak sendiri juga penting sebagai sebahagian diet penting kucing anda. Pengambilan air secukupnya juga perlu diberi perhatian.Jadi disitulah apa yang dapat disampaikan demi kebaikan untuk kucing kesayangan anda.Keputusan ditangan anda untuk tentukan baik buruknya..so jangan marah naaa kepada anda yang mengunakan makanan yang murah mempunyai pewarna...habisss dahhhh apa lg..ubi kayu sebungkus ikat tepi.....say cheesee babey...peace yooo 

    ..

Saturday, April 15, 2017

KEBAIKAN LABU DAN DADA AYAM

# RINGKASAN KEBAIKAN LABU DAN DADA AYAM REBUSAN UNTUK KUCING YANG CIRIT @ SEMBELIT
( cheezee plss after read).

Assalamuailaikum semua catlovers meow!! KDPP kali ni disini nak kongsikan sikit tip dengan disana hehehehe...pendek jew pun kalau baca sambil makan cucur badak pun boleh habis sebutir...ok sebagaimana yang kita tahu kadang kucing kesayanga kita sembelit mungkin sebab yang tertentu..akan tetapi sy sarankan sebagai langkah permulaan apa dikesan ke atas bulus masing-masing cubalah "Pumpkin" ataupun labu adalah sumber makanan yang kaya dengan fiber serta mempunyai jumlah air yang banyak.Ianya adalah sumber semulajadi dan juga mudah didapati malahan murah harganya untuk merawat kucing yang mengalami cirit ataupun malah sembelit.

Pumpkin yang dimakan oleh kucing akan menyerap air dari usus kucing yang mengalami masalah cirit dan fiber dari pumpkin pula akan melembutkan najisnya untuk sembelit.Kedua-dua faktor ini mengimbangi jumlah air dalam "najis"nya semasa proses pengkumuhan.Dengan ini, najisnya akan menjadi separa keras/lembik dan kembali kepada normal.
Jika kucing mengalami masalah ini, pumpkin boleh membantunya mengembalikan kepada hasil asal najisnya serta hasilnya dapat dilihat dengan cepat.

Pemberian pumpkin ini boleh dibuat kepadanya dengan mencampurkan sedikit ke dalam makanannya kerana agak sukar bagi kucing mahu makan buah ini.Lebih mudah, dapatkan pumpkin dalam tin di pasaran,campurkan 1-2 camca dalam makanannya.

DADA AYAM

Jikalau kucing anda sudah terkena berak cair, apa yang anda perlu buat ialah asingkan dia dari kucing lain dan jangan bagi dia makan sekurang-kurangnya 12 jam. Kemudian rebuskan dada ayam dan diberi kepada kucing tersebut, berikan kucing anda makanan seperti rebusan dada ayam dengan kuantiti yang sedikit – separuh dari kadar biasa. Jangan sekali-kali berikan susu!..ini mungkin ambik masa 1 dan 2 dan 3 hari untuk sembuh.

Sekiranya kucing anda mengalami cirit-birit melebihi 24jam, segeralah bawa ke vet/klinik dengan segera.Menukarkan makanan/diet kucing anda secara mendadak juga boleh mengakibatkan cirit-birit kepada kucing anda. Ini adalah jadual penukaran makanan yang teman amalkan. Minggu pertama 1/4 makanan baru dicampur dengan makanan yg lama, minggu kedua 2/4, mgu ketiga 3/4 dan seterusnya. Penukaran makanan perlu secara perlahan adalah kerana untuk memastikan perut kucing anda serasi dengan makanan baru.

Jadinya itulah saja yang dapat dikongsikan bersama...dan pasal resepi homemade pumpkin atau buah labu dari tip homemade wetfood group.. hahaha....oklah kita hanya merancang dan berikhtihar setakat yang mampu demi kebaikan mereka...sayangilah kucing anda.....meowww..say cheezee..plzzzz..i believe i can flyy...
Credit to:art pendora meow!! KDPP

16 PERKARA PENYAKIT SPORO

# ANDA CATLOVERS PERLU KETAHUI 16 PERKARA PENYAKIT SPORO

Assalamualaikum..!! semua catlovers meow KdPg..topik kali ini sedikit ringkasan mengenai penyakit sporo...memang penyakit ini lambat baik tapi memerlukan kesabaran tinggi untuk merawatnya penyakit ini kucing indoor pun boleh terkena sekiranya terkena satu cakaran sahaja kucing outdoor yang terkena penyakit ini dan 16 perkara yang perlu kita ketahui naaa..ok..

Diantaranya:

1. Kuman Sporo terdapat pada tanah. Maka, dalam situasi negara membangun, di mana tanah dikorek sana dan sini, jumlahnya adalah lebih banyak.

2. Kucing paling mudah dijangkiti kuman Sporo apabila mereka mempunyai luka di kulit.

3. Kucing juga boleh dijangkiti Sporo melalui organ pernafasan mereka juga, terutama hidung dan peparu.

4. Luka kucing yang dijangkiti Sporo tidak akan sembuh dengan hanya diberikan antibiotik.

5. Luka kucing yang dijangkiti Sporo boleh merebak ke seluruh badan melalui saluran limfa.

6.Ubat antifungus yang boleh membunuh Sporo, boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan fungsi hati.

7. Rawatan antifungus Sporo mestilah diberikan bersama suplemen untuk melindungi hati, bagi mengelakkan kerosakan hati sepanjang tempoh rawatan.

8. Sporo juga boleh menjangkiti manusia, dan manusia boleh mati akibat jangkitan ini.

9.Rawatan Sporo mengambil masa minima 3 bulan, jika dengan hanya pemberian antifungus sahaja.

10. Kucing yang mengalami jangkitan AIDS kucing dan virus Leukimia adalah sukar untuk sembuh dengan baik dari Sporo, walaupun dengan rawatan intensif.

11. Kucing yang mengalami masalah kencing manis juga mempunyai kadar pemulihan dari Sporo yang sangat lambat.

12.Seekor kucing yang dijangkiti Sporo mampu menjangkitan puluhan ekor kucing yang berada di sekelilingnya.

13.Manusia boleh dijangkiti Sporo dari kucing yang dijangkiti, dengan hanya satu cakaran sahaja.

14.Cryosurgery adalah rawatan alternatif kepada Sporo, selain hanya memberikan antifungal. Dan sekaligus mempercepatkan kadar penyembuhan.

15.Rawatan antifungal kucing Sporo adalah lebih berkesan jika kucing turut diberikan suplement Omega 3 dan Omega 6.

16.Rawatan kucing Sporo memakan belanja yang tinggi. Ini belum lagi termasuk kos diagnosa.Kucing Sporo mesti diasingkan dari kucing sihat yang lain sepanjang rawatan dijalankan.

Jadinya itulah 16 perkara yang sedikit sebanyak anda perlu ketahui dan diharap dengan maklumat ini anda akan mendapat lebih lagi menafaat perihal kucing...so itu jeww...say peace yooo.

INGAT!! PENYAKIT NIE BOLEH BERJANGKIT PADA MANUSIA...SO CAREFULL BILA MERAWAT GUNAKAN GLOVE...SO BECAFULL...

Tuesday, April 11, 2017

AIR KELAPA MUDA

# REVIEW AIR KELAPA MUDA

Assalamualaikum ...catlovers meow KdPgPs mari kita review sikit mengenai khasiat air kelapa muda ini..tentu anda semua tahu kegunaan air kelapa pada kucing anda ketika mereka tidak sihat, menurut sumber yang dipercayai dan berkesan terhadap kucing, air kelapa muda juga boleh digunakan pada kucing anda ketika dalam keadaan kembung perut, muntah-muntah, cirit-birit, keracunan makanan dan demam panas.

Jika kucing anda kena muntah muntah, cirit birit, asingkan dari kucing-kucing yang lain. Berilah mereka air kelapa muda. Gunakan syringe / picagari untuk diberi kepada kucing yang sakit tadi. Beri seberapa yang boleh, jikalau terlalu lemah, perlu dipaksa, dimana kaedah 'force feed' untuk kucing yang terlalu / sangat lemah.

Kemudian menggunakan air biasa dan jika selera mereka tiada, berilah air yang dicampur sedikit glukos atau pun gula. Gunakanlah syringe / picagari untuk menyuapkan cecair supaya mereka tidak dehydrated atau kekeringan akibat cirit birit, muntah atau kembung perut. Jika diberi cecair sekerap mungkin mereka tidak akan dehydrate dan khasiat air kelapa muda tadi akan membersihkan segala bahan yang didalam perut mereka. Glukos dari air kelapa muda pula akan memberi kekuatan tenaga dan makanan didalam badan tanpa perlu di cerna.

Jika kucing anda secara tiba tiba terkena demam panas, pertama sekali perlu diberi air kelapa muda dan perlu diulangi setiap 2 jam sekali dimana satu atau 2 syringe mengikut pada saiz kucing. Jika kucing dewasa, 3- 4 syringe paling minimum tidak mengapa dan diikuti air kosong, setiap 2 @ 3 jam. Jika anak kucing beri 1-1/2 syringe dalam tempoh 2 jam. Jika nampak mereka bertenaga perlu diteruskan. Selepas itu berilah air biasa atau air yang dicampurkan sedikit glukos, paling tidak sedikit gula (jangan terlalu manis, kalau boleh rasa gula sayup sayup sahaja) dan di akhiri dengan air kosong. Jangan lupa lapkan bahagian yang terkena air gula supaya semut tidak hurung...

Jika disyaki kucing keracunan berilah air kelapa muda sebanyak mungkin yang boleh kerana air kelapa bersifat diauretik dan mempercepatkan proses perkumuhan bahan tersebut cepat keluar dengan segera. Jika berkesempatan bawalah ke klinik veterinar yang berhampiran akan tetapi sekiranya kucing anda terkena parvo atau distemper atau panleukopenia air kelapa sekadar untuk memberikan tenaga..akan tetapi sekiranya sembuh itu adalah kuasaNya menyembuhkan.

Jika hendak memberi air kelapa muda dan makan ubat doktor, berilah air kelapa muda dulu akhir sekali di bilas air kosong. setengah jam atau 1 jam kemudian baru diberi ubat doktor. Jika tidak sia sia sahaja makan ubat doktor kemudian segera di proses menjadi bahan buangan jika ubat dimakan dahulu dan diikuti minum air kelapa muda.Jadi itulah saja yang dapat disampaikan khasiat air kelapa muda...dan dengan artikel ini anda akan mendapat menafaat yang baik untuk rawatan kucing kesayangan anda...mencegah adalah lebih bagus dari kita mengubati..ok tu jewww...sekian..peace yoo..cheese...

Credit to:art pendora meow KdPgPs

JERAWAT PADA KUCING (FELINE ACNE )

# KETAHUILAH JERAWAT PADA KUCING (FELINE ACNE )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua cat lover group meow KDPP apa yang kita tahu hanya manusia sahaja yang berjerawat...tapi kali ni marilah kita berkongsi fakta kucing yang berjerawat.Jerawat pada kucing adalah masalah yang relatif umum pada kucing. Ini adalah penyakit kulit yang hanya terbatas pada daerah sekitar dagu dan bibir / mulut kucing. Tidak seperti jerawat manusia yang boleh menjalar tidak terhad pada usia akil baligh.

Jerawat ini muncul pada sekitar usia satu tahun dan mungkin mempunyai tempoh remitan dan tempoh kepahitan. Hal ini sering bermula dengan tompok kecil berwarna hitam, seperti komedo, kira-kira aci pada bulu dagu dan bibir bawah. Ini memang tidak mengganggu kucing anda, walaupun jerawat tersebut akan menjadi kemerahan, benjolan akan dijangkiti yang boleh gatal dan menyakitkan. Pada kes-kes kronik bulu akan gugur dan kehilangan pigmentasi.

Penyebab jerawat kucing tidak diketahui kerana hal ini dianggap sebagai penyakit di mana jumlah yang berlebihan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar folikel bulu / rambut. Jerawat ini terdapat pada kucing baik dari jenis kelamin male atau female, hormon tidak berperanan dalam kes ini.

Yang perlu diperhatikan adalah

* Frekuensi dan parahnya gejala, tapi itu sangat berbeza bergantung pada kucing itu sendiri.

* Pembentukan bintik-bintik kehitaman di dagu dan bibir bawah

* Bengkak dagu

Pada gejala yang teruk akan kelihatan:

* Kemerahan

* Bulu gugur

* Sakit

Diagnosis dari jerawat kucing sebahagian besar didasarkan pada tanda-tanda klinikal. Namun demikian, penyakit lain yang mungkin kelihatan serupa dengan jerawat yang terdapat pada bahagian dagu, maka sebaiknya anda membawa kucing kesayangan anda ke doktor haiwan yang boleh anda kunjungi, kerana doktor haiwan boleh melakukan rawatan kulit luar dan menyingkirkan cendawan / bakteria yang membolehkan terjadinya jangkitan kudis dan cendawan pada kulit.

Tindakan Penjagaan

Di rumah, anda mungkin boleh melakukan rawatan dengan cara membasuh bahagian yang berjerawat atau bahagian yang kemerahan dengan air panas yang sudah diberi garam secukupnya atau memberikan krim antibakteria atau antikulat agar membasmi kawasan tersebut. Hal ini boleh anda lakukan sekali atau dua kali dalam seminggu dan memerlukan masa kira-kira 10 minit yang bertujuan untuk menghapuskan yang berlebihan pada kulit.

Pada kes yang teruk anda mungkin perlu memberikan ubat  antibiotik, ubat antikulat, steroid atau retinoid. Antibiotik biasanya diberikan selama beberapa minggu. Mereka boleh menyebabkan kerangsagan perut dan kehilangan nafsu makan yang menyebabkan mual (anoreksia) dan cirit-birit. Ubat antikulat mempunyai potensi penyakit merangsang hati, sehingga setiap kehilangan nafsu makan harus segera dilaporkan kepada doktor vet. Kesan sampingan lain termasuk muntah dan cirit-birit.

Selalu perhatikan dan perlakukanlah kucing anda dengan kasih sayang.Sekian group... meooowww..GAMBAR DIBAWAH SEKALI ADALAH TANDA YANG KRONIK....SO JANGAN SAMPAI JADI MACAM TU..SELALULAH PANTAU DIBAWAH DAGU KUCING ANDA...KENALAH RAJIN-RAJIN PERHATIKAN ATAU BELEK KIT...sekian tu jewww.say cheeezee..meow

Credit to:art pendora meoww!! PMDA

Friday, March 31, 2017

KEBAIKAN KUNING TELOR MENTAH JUST YELLOW EGG ONLY

# KEBAIKAN KUNING TELOR MENTAH JUST YELLOW EGG ONLY

Assalamualaikum kepada semua sahabatku catlovers meow mama jue mai kali ni kita share sikit menafaat kuning telur (egg yolk) ia merupakan bahagian telur yang akan berkembang menjadi embrio. Kuning telur dikelilingi oleh putih telur, letaknya selalu berada di tengah. Kuning telur merupakan sumber vitamin dan mineral, serta mengandung lemak, kolesterol, dan protein.
Warna kuning telur dipengaruhi oleh makanan yang dikonsumsi ayam.dan pemakanan ayam yang mengandung jagung akan menghasilkan warna yang lebih kuning. Warna kuning telur juga dipengaruhi oleh banyaknya pigmen karotenoid yang berhubungan dengan vitamin A. Semakin kuning warnanya, semakin banyak kandungan vitamin A didalamnya. Sebutir kuning telur mengandung 213 mg kolesterol yang hampir sama dengan 75 gram hati sapi, dan Sebuah telur memiliki sekitar 11,5% lemak, 13% protein, 160 kilokalori dalam setiap 100g. Dari kesimpulan boleh dikatakan telur adalah makanan dengan seimbang dan baik. Memiliki protein haiwan dan zat makanan penting apalagi jika dimakan mentah sebagai makanan.Manfaat telur adalah kerana telur mengandung zat besi naa bukan zat kayu protein dan sebagian besar vitamin. Kita tahu telur jelas sangat bagus untuk manusia.

Tapi adakah telur juga bagus sebagai makanan kucing ?.

Namun semua manfaat telur itu ada satu yang dapat merugikan kucing kita. Kerana pada putih telur mengandung senyawa avidin yang dapat mengurangi vitamin B biotin. Padahal vitamin tersebut sangat penting untuk proses dalam tubuh kucing.Senyawa avidin itu dapat dikurangi dengan memasaknya. Tapi sayang seribu sayang, itu juga dapat mengurangi zat makanan yang lain. Dengan kata lain manfaat telur juga berkurang.

Untuk itu baiknya kita hanya memberikan kuning telurnya saja.

Manfaat kuning telur bagi kucing yang mengkonsumsi secara teratur adalah :

-Memcantikan bulu
-Mencegah atau mengurangkan bulu gugur
-Meningkatkan stamina dan daya ketahanan tubuh
-Mempercepat proses penyembuhan @ self healing
-Meningkatkan berat badan kucing
-Berikan maksima sebutir 1 atau 2 minggu sekali. Supaya gizinya tetap terjaga dan tidak overweight.

Manfaat telur juga pasti ada keburukannya. Bergantung bagaimana kita merawat kucing, supaya kebaikannya saja yang kita dapat....kalau boleh jangan galakan telur mentah(kucing telur sahaja) sebagai makanan rutin harian naa...ok tu jew meow...say asta lavista babey..pls...tq..yeayy

Wednesday, March 29, 2017

Selamat pagi yg indah

Assalamualaikum,slamat pagi ....meow3!!!...jangan sangka sy jejaka tampan,saya hanya gadis yg comeyyy...p.ndak yg kutip sy ms kcil,.d serahkan pd mama...p.ndak beri nm sy #mek tp mama panggil sy #meylly..sy ketogri sparuh bisu,susah nk bunyi..klau bunyi pn mmg slow..