Tuesday, April 11, 2017

AIR KELAPA MUDA

# REVIEW AIR KELAPA MUDA

Assalamualaikum ...catlovers meow KdPgPs mari kita review sikit mengenai khasiat air kelapa muda ini..tentu anda semua tahu kegunaan air kelapa pada kucing anda ketika mereka tidak sihat, menurut sumber yang dipercayai dan berkesan terhadap kucing, air kelapa muda juga boleh digunakan pada kucing anda ketika dalam keadaan kembung perut, muntah-muntah, cirit-birit, keracunan makanan dan demam panas.

Jika kucing anda kena muntah muntah, cirit birit, asingkan dari kucing-kucing yang lain. Berilah mereka air kelapa muda. Gunakan syringe / picagari untuk diberi kepada kucing yang sakit tadi. Beri seberapa yang boleh, jikalau terlalu lemah, perlu dipaksa, dimana kaedah 'force feed' untuk kucing yang terlalu / sangat lemah.

Kemudian menggunakan air biasa dan jika selera mereka tiada, berilah air yang dicampur sedikit glukos atau pun gula. Gunakanlah syringe / picagari untuk menyuapkan cecair supaya mereka tidak dehydrated atau kekeringan akibat cirit birit, muntah atau kembung perut. Jika diberi cecair sekerap mungkin mereka tidak akan dehydrate dan khasiat air kelapa muda tadi akan membersihkan segala bahan yang didalam perut mereka. Glukos dari air kelapa muda pula akan memberi kekuatan tenaga dan makanan didalam badan tanpa perlu di cerna.

Jika kucing anda secara tiba tiba terkena demam panas, pertama sekali perlu diberi air kelapa muda dan perlu diulangi setiap 2 jam sekali dimana satu atau 2 syringe mengikut pada saiz kucing. Jika kucing dewasa, 3- 4 syringe paling minimum tidak mengapa dan diikuti air kosong, setiap 2 @ 3 jam. Jika anak kucing beri 1-1/2 syringe dalam tempoh 2 jam. Jika nampak mereka bertenaga perlu diteruskan. Selepas itu berilah air biasa atau air yang dicampurkan sedikit glukos, paling tidak sedikit gula (jangan terlalu manis, kalau boleh rasa gula sayup sayup sahaja) dan di akhiri dengan air kosong. Jangan lupa lapkan bahagian yang terkena air gula supaya semut tidak hurung...

Jika disyaki kucing keracunan berilah air kelapa muda sebanyak mungkin yang boleh kerana air kelapa bersifat diauretik dan mempercepatkan proses perkumuhan bahan tersebut cepat keluar dengan segera. Jika berkesempatan bawalah ke klinik veterinar yang berhampiran akan tetapi sekiranya kucing anda terkena parvo atau distemper atau panleukopenia air kelapa sekadar untuk memberikan tenaga..akan tetapi sekiranya sembuh itu adalah kuasaNya menyembuhkan.

Jika hendak memberi air kelapa muda dan makan ubat doktor, berilah air kelapa muda dulu akhir sekali di bilas air kosong. setengah jam atau 1 jam kemudian baru diberi ubat doktor. Jika tidak sia sia sahaja makan ubat doktor kemudian segera di proses menjadi bahan buangan jika ubat dimakan dahulu dan diikuti minum air kelapa muda.Jadi itulah saja yang dapat disampaikan khasiat air kelapa muda...dan dengan artikel ini anda akan mendapat menafaat yang baik untuk rawatan kucing kesayangan anda...mencegah adalah lebih bagus dari kita mengubati..ok tu jewww...sekian..peace yoo..cheese...

Credit to:art pendora meow KdPgPs

3 comments:

  1. Kalu selepas mkn ubat boleh x bgi air kelapa?

    ReplyDelete
  2. Ainaika..tunggu sehingga kesan ubat habis..kerana air kelapa itunakan cuci bersih segala dalam perut..

    ReplyDelete
  3. Kucing pregnant bleh ke mnum air kelapa

    ReplyDelete