Saturday, April 15, 2017

16 PERKARA PENYAKIT SPORO

# ANDA CATLOVERS PERLU KETAHUI 16 PERKARA PENYAKIT SPORO

Assalamualaikum..!! semua catlovers meow KdPg..topik kali ini sedikit ringkasan mengenai penyakit sporo...memang penyakit ini lambat baik tapi memerlukan kesabaran tinggi untuk merawatnya penyakit ini kucing indoor pun boleh terkena sekiranya terkena satu cakaran sahaja kucing outdoor yang terkena penyakit ini dan 16 perkara yang perlu kita ketahui naaa..ok..

Diantaranya:

1. Kuman Sporo terdapat pada tanah. Maka, dalam situasi negara membangun, di mana tanah dikorek sana dan sini, jumlahnya adalah lebih banyak.

2. Kucing paling mudah dijangkiti kuman Sporo apabila mereka mempunyai luka di kulit.

3. Kucing juga boleh dijangkiti Sporo melalui organ pernafasan mereka juga, terutama hidung dan peparu.

4. Luka kucing yang dijangkiti Sporo tidak akan sembuh dengan hanya diberikan antibiotik.

5. Luka kucing yang dijangkiti Sporo boleh merebak ke seluruh badan melalui saluran limfa.

6.Ubat antifungus yang boleh membunuh Sporo, boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan fungsi hati.

7. Rawatan antifungus Sporo mestilah diberikan bersama suplemen untuk melindungi hati, bagi mengelakkan kerosakan hati sepanjang tempoh rawatan.

8. Sporo juga boleh menjangkiti manusia, dan manusia boleh mati akibat jangkitan ini.

9.Rawatan Sporo mengambil masa minima 3 bulan, jika dengan hanya pemberian antifungus sahaja.

10. Kucing yang mengalami jangkitan AIDS kucing dan virus Leukimia adalah sukar untuk sembuh dengan baik dari Sporo, walaupun dengan rawatan intensif.

11. Kucing yang mengalami masalah kencing manis juga mempunyai kadar pemulihan dari Sporo yang sangat lambat.

12.Seekor kucing yang dijangkiti Sporo mampu menjangkitan puluhan ekor kucing yang berada di sekelilingnya.

13.Manusia boleh dijangkiti Sporo dari kucing yang dijangkiti, dengan hanya satu cakaran sahaja.

14.Cryosurgery adalah rawatan alternatif kepada Sporo, selain hanya memberikan antifungal. Dan sekaligus mempercepatkan kadar penyembuhan.

15.Rawatan antifungal kucing Sporo adalah lebih berkesan jika kucing turut diberikan suplement Omega 3 dan Omega 6.

16.Rawatan kucing Sporo memakan belanja yang tinggi. Ini belum lagi termasuk kos diagnosa.Kucing Sporo mesti diasingkan dari kucing sihat yang lain sepanjang rawatan dijalankan.

Jadinya itulah 16 perkara yang sedikit sebanyak anda perlu ketahui dan diharap dengan maklumat ini anda akan mendapat lebih lagi menafaat perihal kucing...so itu jeww...say peace yooo.

INGAT!! PENYAKIT NIE BOLEH BERJANGKIT PADA MANUSIA...SO CAREFULL BILA MERAWAT GUNAKAN GLOVE...SO BECAFULL...

No comments:

Post a Comment