# KETAHUILAH JERAWAT PADA KUCING (FELINE ACNE )
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua cat lover group meow KDPP apa yang kita tahu hanya manusia sahaja yang berjerawat...tapi kali ni marilah kita berkongsi fakta kucing yang berjerawat.Jerawat pada kucing adalah masalah yang relatif umum pada kucing. Ini adalah penyakit kulit yang hanya terbatas pada daerah sekitar dagu dan bibir / mulut kucing. Tidak seperti jerawat manusia yang boleh menjalar tidak terhad pada usia akil baligh.
Jerawat ini muncul pada sekitar usia satu tahun dan mungkin mempunyai tempoh remitan dan tempoh kepahitan. Hal ini sering bermula dengan tompok kecil berwarna hitam, seperti komedo, kira-kira aci pada bulu dagu dan bibir bawah. Ini memang tidak mengganggu kucing anda, walaupun jerawat tersebut akan menjadi kemerahan, benjolan akan dijangkiti yang boleh gatal dan menyakitkan. Pada kes-kes kronik bulu akan gugur dan kehilangan pigmentasi.
Penyebab jerawat kucing tidak diketahui kerana hal ini dianggap sebagai penyakit di mana jumlah yang berlebihan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar folikel bulu / rambut. Jerawat ini terdapat pada kucing baik dari jenis kelamin male atau female, hormon tidak berperanan dalam kes ini.
Yang perlu diperhatikan adalah
* Frekuensi dan parahnya gejala, tapi itu sangat berbeza bergantung pada kucing itu sendiri.
* Pembentukan bintik-bintik kehitaman di dagu dan bibir bawah
* Bengkak dagu
Pada gejala yang teruk akan kelihatan:
* Kemerahan
* Bulu gugur
* Sakit
Diagnosis dari jerawat kucing sebahagian besar didasarkan pada tanda-tanda klinikal. Namun demikian, penyakit lain yang mungkin kelihatan serupa dengan jerawat yang terdapat pada bahagian dagu, maka sebaiknya anda membawa kucing kesayangan anda ke doktor haiwan yang boleh anda kunjungi, kerana doktor haiwan boleh melakukan rawatan kulit luar dan menyingkirkan cendawan / bakteria yang membolehkan terjadinya jangkitan kudis dan cendawan pada kulit.
Tindakan Penjagaan
Di rumah, anda mungkin boleh melakukan rawatan dengan cara membasuh bahagian yang berjerawat atau bahagian yang kemerahan dengan air panas yang sudah diberi garam secukupnya atau memberikan krim antibakteria atau antikulat agar membasmi kawasan tersebut. Hal ini boleh anda lakukan sekali atau dua kali dalam seminggu dan memerlukan masa kira-kira 10 minit yang bertujuan untuk menghapuskan yang berlebihan pada kulit.
Pada kes yang teruk anda mungkin perlu memberikan ubat antibiotik, ubat antikulat, steroid atau retinoid. Antibiotik biasanya diberikan selama beberapa minggu. Mereka boleh menyebabkan kerangsagan perut dan kehilangan nafsu makan yang menyebabkan mual (anoreksia) dan cirit-birit. Ubat antikulat mempunyai potensi penyakit merangsang hati, sehingga setiap kehilangan nafsu makan harus segera dilaporkan kepada doktor vet. Kesan sampingan lain termasuk muntah dan cirit-birit.
Selalu perhatikan dan perlakukanlah kucing anda dengan kasih sayang.Sekian group... meooowww..GAMBAR DIBAWAH SEKALI ADALAH TANDA YANG KRONIK....SO JANGAN SAMPAI JADI MACAM TU..SELALULAH PANTAU DIBAWAH DAGU KUCING ANDA...KENALAH RAJIN-RAJIN PERHATIKAN ATAU BELEK KIT...sekian tu jewww.say cheeezee..meow
Credit to:art pendora meoww!! PMDA
No comments:
Post a Comment