# RINGKASAN KEBAIKAN LABU DAN DADA AYAM REBUSAN UNTUK KUCING YANG CIRIT @ SEMBELIT
( cheezee plss after read).
Assalamuailaikum semua catlovers meow!! KDPP kali ni disini nak kongsikan sikit tip dengan disana hehehehe...pendek jew pun kalau baca sambil makan cucur badak pun boleh habis sebutir...ok sebagaimana yang kita tahu kadang kucing kesayanga kita sembelit mungkin sebab yang tertentu..akan tetapi sy sarankan sebagai langkah permulaan apa dikesan ke atas bulus masing-masing cubalah "Pumpkin" ataupun labu adalah sumber makanan yang kaya dengan fiber serta mempunyai jumlah air yang banyak.Ianya adalah sumber semulajadi dan juga mudah didapati malahan murah harganya untuk merawat kucing yang mengalami cirit ataupun malah sembelit.
Pumpkin yang dimakan oleh kucing akan menyerap air dari usus kucing yang mengalami masalah cirit dan fiber dari pumpkin pula akan melembutkan najisnya untuk sembelit.Kedua-dua faktor ini mengimbangi jumlah air dalam "najis"nya semasa proses pengkumuhan.Dengan ini, najisnya akan menjadi separa keras/lembik dan kembali kepada normal.
Jika kucing mengalami masalah ini, pumpkin boleh membantunya mengembalikan kepada hasil asal najisnya serta hasilnya dapat dilihat dengan cepat.
Pemberian pumpkin ini boleh dibuat kepadanya dengan mencampurkan sedikit ke dalam makanannya kerana agak sukar bagi kucing mahu makan buah ini.Lebih mudah, dapatkan pumpkin dalam tin di pasaran,campurkan 1-2 camca dalam makanannya.
DADA AYAM
Jikalau kucing anda sudah terkena berak cair, apa yang anda perlu buat ialah asingkan dia dari kucing lain dan jangan bagi dia makan sekurang-kurangnya 12 jam. Kemudian rebuskan dada ayam dan diberi kepada kucing tersebut, berikan kucing anda makanan seperti rebusan dada ayam dengan kuantiti yang sedikit – separuh dari kadar biasa. Jangan sekali-kali berikan susu!..ini mungkin ambik masa 1 dan 2 dan 3 hari untuk sembuh.
Sekiranya kucing anda mengalami cirit-birit melebihi 24jam, segeralah bawa ke vet/klinik dengan segera.Menukarkan makanan/diet kucing anda secara mendadak juga boleh mengakibatkan cirit-birit kepada kucing anda. Ini adalah jadual penukaran makanan yang teman amalkan. Minggu pertama 1/4 makanan baru dicampur dengan makanan yg lama, minggu kedua 2/4, mgu ketiga 3/4 dan seterusnya. Penukaran makanan perlu secara perlahan adalah kerana untuk memastikan perut kucing anda serasi dengan makanan baru.
Jadinya itulah saja yang dapat dikongsikan bersama...dan pasal resepi homemade pumpkin atau buah labu dari tip homemade wetfood group.. hahaha....oklah kita hanya merancang dan berikhtihar setakat yang mampu demi kebaikan mereka...sayangilah kucing anda.....meowww..say cheezee..plzzzz..i believe i can flyy...
Credit to:art pendora meow!! KDPP
Harrah's Reno Casino, Reno - Mapyro
ReplyDeleteFind the cheapest and quickest ways to 광명 출장안마 get from 광양 출장안마 Harrah's Reno Casino, Reno to Harrah's Reno Casino, from 김해 출장샵 Mapyro. Find the 속초 출장안마 cheapest and quickest ways to get from 경산 출장마사지