Monday, March 20, 2017

FELINE GINGIVITIS ATAU ULSER DI MULUT KUCING (CAT MOUTH ULCERS)

# FELINE GINGIVITIS ATAU ULSER DI MULUT KUCING (CAT MOUTH ULCERS)

Assalamualaikum!! semua catlovers meow KDPP..meh cita sikit perihal ulser di mulut kucing berlaku pada semua peringkat umur kucing. Ulser di mulut kucing selalunya adalah tanda mulut kucing anda dijangkiti kuman atau virus atau petanda kucing anda diserang penyakit didalam mulut kucing. Penyakit di dalam mulut kucing yang biasa berlaku(common) ialah "Periodontal disease" atau "Tooth Problem"(masalah gigi). Penyakit Gingivitis Kucing(Feline Gingivitis) juga dikenal sebagai salah satu "Periodontal disease". Masalah gigi kucing merujuk kepada masalah gusi bengkak, gusi berdarah dan segala masalah berkaitan gigi dan gusi kucing.

Selain itu, masalah Ulser di mulut kucing juga boleh disebabkan masalah Ginjal dan beberapa masalah lain yang jarang-jarang berlaku. Periodontal disease juga akan menyebabkan kucing anda mengalami masalah penyakit hati, jantung dan buah pinggang.

Kucing yang terkena Periodontal disease akan mengalami :-

Ulser di mulut - Menyebabkan kucing susah hendak makan
Sensitif dengan sentuhan manusia. - Tidak suka dipegang dan dibelai seperti selalu.Kurang upaya untuk makan - Seoalah-olah tidak berselera dengan makanan.

Kesakitan dan Ketidakselesaan.

Gusi Berdarah.

Gusi kemerahan dan bengkak.

Seperti manusia juga, apabila kita terkena ulser dimulut kita akan mengalami susah hendak makan, tidak dapat menikmati kesedapan makanan malahan ia juga membuatkan mulut kita tidak selesa hendak berbual. Begitu juga kucing apabila ada ulser dimulutnya, mood(perasaan) dan selera makan kucing anda terganggu.

Penyakit didalam mulut kucing selalunya adalah disebabkan gigi atau mulut yang kotor. Ini memudahkan untuk bakteria bertapak. Petuanya yang kita boleh dapat disini ialah pastikan mulut atau gigi kucing anda bersih dan sekiranya kucing anda sedang memgalami ulser di mulut, bawalah ke veterinar untuk memberi rawatan mulut dan gigi pada kucing anda. Insyaallah selepas menerima rawatan itu ulser dimulut kucing anda akan pulih.

Sekiranya kucing anda minum air dalam bekas plastik dinasihatkan sila tukarkan kepada bekas seramik yang ada dijual dipet shop...ini kerana bekas plastik tersebut membolehkan pembiakan bakteria.Sekiranya terkena jangkitan ini cuba gunakan bonjela ataupun oral aid hanya titik atau sapu sahaja sebagai tindakan langkah awal dan kemuadia silalah ke vet keajaan atau swasta dari mengelakan dari berlarutan.Sekiranya tidak berkeyakinan sila ke vet untuk dapatkan nasihat dan ubat yang sesuai...Jadi sekianlah saja yang dapat disampaikan untuk kita sama-sama berkongsikan permasaalahan ini....sekian tu jew..peace yoo...meoww..cheese plss

Credit to:artpendora/meowwKDPM
#Kesayangan darulaman/pulau mutiara

No comments:

Post a Comment