Friday, March 17, 2017

RINGKASAN KELEBIHAN MEMELIHARA KUCING

Assalamualaikum,selamat pagi...ok,1st entri che kak hr ni tentang: RINGKASAN KELEBIHAN MEMELIHARA KUCING ..credit to:#artpendora

Assalamualaikum semua catlovers meow KdPg disini ingin berkongsi cikit kebaikan memelihara kucing...mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Walaupun tak kesemuanya yang anda rasai mungkin yang berbeza-beza..Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.

1. PENURUNAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASCULAR DAN HEART ATTACK

Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. MENINGKATKAN SISTEM IMUN (DAYA TAHAN PENYAKIT)

Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. MENCEGAH ALEGIK

Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing . Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang.

4. MEMBANTU MENCEGAH ANAK YANG ASMA

Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. MENGURANGKAN TEKANAN DARAH

Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. MENOPTIMUMKAN KOLESTROL

Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. MENGURANGKAN STROKE

Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. MENGURANGKAN STRESS DAN RASA KECEMASAN

Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. MENJADI MOOD ANDA DALAM COOL BABEY

Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. MEMBANTU PENYAKIT AUTIS

Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. MENGURANGKAN KESUNYIAN

Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.Jadi setakat itulah saja yg dapat kita kongsikan perihal tersebut.

Jadi itulah saja yang dapat disampaikan berhubung dengan kelebihan membela kucing kesayangan anda tak kira baka yang elok atau cap daun pisang yaa...bukan bererti semua perkara yang disampaikan itu ada dalam kelebihan membela kucing..mungkin salah satu darinya...ok.itu jew.....Sekian.....meow...say cheesee

No comments:

Post a Comment