# JANGKITAN KECACINGAN DAN JENISNYA CACING SERTA TUGASAN KHAS CACING(DETAIL)PERLU AMBIL TAHU..
(ANDA PERLU TAHU.......KENAPA KADANG KUCING MENGHERETKAN DUBURNYA DILANTAI DALAM KEADAAN DUDUK SAMBIL BERJALAN...TEDIAA..JANGAN DIAMBIL MUDAH NAAA)
Assalamualaikum semua CATLOVERS meow KEDAH & P.PINANG kali ini marilah bersama kita ambil tahu hal kecacingan yang sering berlaku pada anak kucing mahu pun kucing peringkat remaja dan dewasa.Pernahkan anda melihat kucing selepas membuangkan najis mengheretkan duburnya ke lantai sambil heretan duduk?..Memang agak kelakar bila kita tengok mereka berada dalam keadaan sebegitu nak kita kata berjoget pun tidak atau saja cuba nak mop lantai...tapi tidak yaa.tahukah anda sebenarnya perbuatan tersebut menunjukan kucing kesayangan anda mengalami kecacingan dan perlu diberikan rawatan.Duburnya gatal kerana pergerakan cacing halus berwarna putih seperti benang yang berada diduburnya.
Antaranya jenis2 cacing yang terdapat pada kucing anda adalah Cacing pita (Tapeworm),Cacing Gelang(Roungworm),Cacing Kerawit (hookworm) dan juga Cacing Cambuk (whipworm)…berikutan mengenai cacing yang disebutkan…
CACING PITA (Tapeworm) cacing yang paling biasa didapati pada kucing ia berbentuk panjang dan pipih seperti pita tape.Badannya pula bersegmen dimana segmen yang uzur atau tua boleh dilepaskan ?putus dan keluar melalui najis kucing..ianya berwarna putih krim.Boleh mencapai ukuran lebih kurang 70cm panjang.Bila ia matang boleh mengeluarkan telur 5-30 biji telur.Boleh dibinasakan dengan ubat cacing yang mengandungi bahan Prazyquantel,Dichlorphen atau Fabendanzole yang beleh didapati di vet,pet shop atau pun farmasi.
CACING GELANG(Roundworm) berbentuk seperti selinder,bulat,berwarna dari putih hingga pink.Sering menyerang kucing yang terbiar(stray cat)melalui pemakanan seperti tikus.Ia mudah berjangkit pada anak kucing melalui penyusuan Cacing dewasa boleh mencapai ukuran 15-35cm panjang.Ia juga menyerang hati dan buah pinggang dan boleh menyebabkan usus kucing tersumbat.Ia juga boleh berjangkit pada manusia terutamanya kanak-kanak.Ia juga boleh dibinasakan dengan ubat anti parasite Selamectin yang boleh terdapat dikedai farmasi.
Pergerakan terapung dan ia makan segala khasiat/nutrisi apa yang dimakan oleh kucing sebab itu kadang kita lihat kucing yang terkena akan menjadi kurus dan tidak bermaya.Dalam sesuatu kes yang biasa bulu kucing akan menjadi kusam dan tiada symptom yang lain.Kepada kes yang berat kucing tersebut akan memuntahkan cacing,sembelit atau pun cirit-birit dan berlakunya penurunan kadar sel darah merah(anemia),Perut buncit dan melentur kebawah.
CACING KERAWIT (Hookworm) bentuknya kecil,krus dan berukuran panjang seinci.Ia juga mempunyai gigi untuk mudah mereka bergantung dan melekat pada dinding usus.Hidupnya bergantung menghisap darah dan tisu dalam badan kucing.Jangkitan cacing ini boleh menyebabkan kematian pada kucing sekiranya tidak dirawat kerana ia menyebabkan kucing hilang darah yang banyak dan hilang selera makan.Ia juga boleh berjangkit pada kucing lain menembusi kulit seperti terpijak najis. Boleh menghasilkan 5000-10 000 telur.Ia juga agak sukar dikesan melalui najis.Lava cacing tersebut boleh menjangkiti manusia tetapi tidak boleh berkembang hingga keperingkat dewasa.Ia juga boleh menyebabkan kegatalan dan radang kulit pada manusia..jadi hindarkannya dari terjangkit seperti memberikan ubat cacing pada kucing anda.
CACING CAMBUK (Whipworm) ia juga berbentuk cambuak atau tali cemeti ia kurus atau tirus dibahagian depan dan tebal dibahagian belakang.Cacing dewasa berukuran panjang 2-3 inci panjang ia juga melekat didinding usus besar ia makan darah lazimnya terdapat pada anjing dan jarang terdapat pada kucing.
SIMPTOM ATAU KEADAAN KUCING YANG MENGALAMI KECACINGAN
- Kurus dan berat badan yang sukar untuk naik
- Sembelit mahupun cirit birit
- Keadaan najis yang berdarah seperti yang ada dalam group iaitu najis berdarah
- Perut yang buncit melentur kebawah.tidak amhu makan atau terlebuh makan
- Kehilangan berat badan yang ideal walaupun makan yang seimbang
- Gusi pucat tanpa sebab dan badan yang lemah
- Bulu tidak berseri dan kusam
- Terjadinya radang pada kulit terutamanya dicelahan kaki yang mana lava sedang bermigrasi
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHANNYA
Rawat kutu yang etrdapat pada kucing anda sekiranya ada ini kerana cacing juga boleh disebabkan oleh kutu yang bertelur pada badan kucing.Ia berlaku apabila kucing anda menjilat ketika membersihkan badan mereka.Adalah menjadi lebih penting sekiranya kita memberikan ubat cacing pada kucing,kutu juga akan tiada pada mereka.Adalah dicadangkankita merawat kutu dahulu sehingga tiada dan diikuti dengan pemberian ubat cacing.
PEMBERIAN UBAT CACING-Menyingkir cacing pada kucing secara relatifnya mudah dan tidak mahal ubat tersebut boleh didapati difarmasi atau vet serta sesetengah pet shop ada dijual.Oleh yang demikian buatlah rawatan berkala pada kucing anda kerana terdapat juga cacing yang boleh menjangkiti manusia…yaa..
DOS PEMBERIAN UBAT CACING MENGIKUT PERINGKAT UMUR
Usia kucing 2-12 minggu-berikan dos sukatan yang ditetapkan setiap 2 minggu
Usia kucing 4-6 Bulan-berikan dos setiap sebulan
Usia kucing 6 bulan keatas-berikan 3 bulan sekali
Sila rujuk doc vet atau farmasi pet shop berhubung dengan sukatan dos yang perlu diberikan..atau sesetengah pet shop akan jual ubat cacing ini dan sukatan dos akan mereka berikan..
MENGHINDARI DENGAN PEMBERSIHAN
Bersihkan litter tray dengan betul pastikan tiada najis yang tertinggal.litter tray jika tidak dibersihkan dengan betul ini tidakakan memutuskan atau membunuh cacing tersebut walaupun kucing telah diberikan ubat cacing.
Perhatikan makanan kucing –kucing outdoor atau indoor tidak terkecualikan dari boleh jankitan cacing melalui pemakanan.Elakkan kucing anda dari mengejar atau memakan LIPAS dan TIKUS dan cuba jangan amalkan pemberikan daging mentah kepada kucing anda ini juga adalah satu penyebab kehadiran cacing tersebut.Kecacingan pada kucing juga boleh dikesan dengan meneliti najis atau lendir yang melekat pada permukaan pungkoq kucing so cuba belek dan cucilah selalu..jadi itulah sahaja yang dapat disampaikan kepada anda ini semata-mata untuk panduan anda terhadap menandatangani kesihatan kucing anda yang mengalami jangkitan kecacingan…sekian tu jew..say grasias bucho....meow
Credit to:artpendora kkdapm
No comments:
Post a Comment