# TAHUKAH TANDA KUCING BUNTING
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pencinta kucing group meow KDPP.....bagi anda tentu tak sabar menantikan kelahiran kucing kesayangan anda melahirkan anak yang comel dan anda pula ingin tahu bagaimana cara mengetahui seekor kucing hamil atau tidak? berikut ini penjelasan mengenai beberapa ciri kucing yang hamil.
Penting sekali untuk selalu mencatat tarikh kucing kesayangan anda kawin. Dari tarikh kawin ini kita boleh menganggarkan waktu kelahiran kucing, sehingga kita dapat mempersiapkan diri mendapat tambahan kucing baru.
Kucing yang hamil dapat mengalami perubahan fizikal dan tingkah laku.
PERUBAHAN FIZIKAL
Bahagian perut mula membesar
Perut Kucing yang hamil mula kelihatan membesar pada umur kehamilan 5 minggu. Bahagian perut ini akan terus membesar sehingga mendekati masa melahirkan.
Puting susu memerah dan membesar (pink)
Salah satu tanda yang cukup signifikan adalah berubahnya puting susu. Pada kucing hamil, puting susu sedikit membengkak dan warnanya berubah kemerahan (pink)
keluar susu
Air susu mula dihasilkan dan boleh dikeluarkan kira-kira 3-2 minggu akhir masa kehamilan. Jadi bila puting susu dipicit dengan lembut dan kelihatan ada cecair susu, kelahiran akan berlaku sekitar 2-3 minggu lagi.Bulu sekitar puting susu menipis.
PERUBAHAN TINGKAH LAKU
Muntah-muntah
Pada beberapa kejadian (jarang) kucing hamil juga muntah-muntah, seperti manusia pada awal kehamilan. Segera hubungi dan rujuk perkara ini dengan doktor haiwan.
Berhentinya kitaran birahi secara tiba-tiba
Kitaran birahi (kitaran estrus) kucing bergantung berbagai hal, salah satunya adalah musim.Kitaran estrus kucing tidak banyak dipengaruhi oleh musim. Rata-rata panjang satu kitaran estrus kucing sekitar 1-1.2 bulan. Masa birahi (estrus) berlangsung kira-kira 7 hari. Bila setelah dikahwinkan, birahi kucing berhenti secara tiba-tiba dan tidak minta kawin lagi, kemungkinan besar kehamilan terjadi.
Peningkatan nafsu makan
Kucing yang hamil memperlihatkan peningkatan nafsu makan. Tentunya peningkatan nafsu makan ini bertujuan memberikan nutrisi yang cukup bagi perkembangan ibu dan janinnya.
Lebih lembut & mencari perhatian
Sebahagian kucing yang hamil mengalami perubahan tingkah laku seperti lebih tenang dan lembut. Selain itu mereka juga berusaha mencari perhatian lebih terhadap pemiliknya. Pada akhir masa kehamilan kelihatan beberapa tingkah laku seperti gelisah dan lebih suka berada di tempat hangat dan tertutup.
MEMASTIKAN KEHAMILAN
Orang yang berpengalaman dapat memastikan kehamilan dengan rabaan (perabaan) pada umur kehamilah 3-4 minggu.
Alat alat seperti ultrasound (ultrasonografi) dan Rontgen (X ray) dapat dipergunakan untuk memastikan kehamilan. USG dapat memastikan kehamilan selepas kandungan berumur sekurang-kurangnya minggu. Degupan jantung janin kucing baru boleh dikesan selepas berumur 3 minggu.
Jadinya itulah sahaja yang dapat disampaikan untuk sama-sama kita kongsikan megenai kucing bunting..sila pastikan persiapan untuk kucing anda melahirkan anaknya sepertimana hal penjagaan kucing bunting yang mana sebelum ini telah dipostkan dalan kumpulan ini.Sekianlah saja tip pengetahuan untuk hal ini...meowww...cis burger...say it hehehehe i believe i cat fly and touch the skyyy..
Credit to:meoww!! KDPM
No comments:
Post a Comment